PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Pendidikan

Anda ingin melanjutkan pelajaran di rantau yang menarik seperti Iskandar Malaysia? Kami yakin dengan kualiti pendidikan akademik yang kami tawarkan di EduCity – peneraju hab pendidikan di Iskandar Malaysia.

Jika anda masih kekok dengan sistem pendidikan di rantau ini, anda akan sukar untuk memilih institusi manakah yang menawarkan kualiti pendidikan terbaik berbanding institusi-institusi lain.  Namun, perkara ini tidak berlaku di EduCity kerana di EduCity, kami menawarkan pendidikan dan kampus integrasi paling komprehensif di Malaysia yang turut dilengkapi dengan institusi-institusi akademik ternama dari seluruh dunia.

EduCity

EduCity terdiri daripada beberapa komponen unik dimulakan dengan institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa, pusat R&D, kolej penempatan pelajar, dan juga kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa.

Jom kita lihat institusi-institusi akademik yang terdapat di EduCity:


Students'-assembly-in-one-of-the-schools-within-EduCity

Selain daripada EduCity, Bandar Seri Alam juga turut mengukir identiti sebagai sebuah hab pendidikan di Iskandar Malaysia.  Dikenali sebagai Bandar Ilmu atau City of Knowledge, Bandar Seri Alam menghimpunkan beberapa buah universiti, sekolah Jepun, Sekolah Rendah Cina Nam Heng dan juga 7 sekolah rendah dan sekolah menengah yang lain.

Berpusat di koridor Johor yang berkembang pesat, Bandar Seri Alam boleh diakses dari Johor Bahru dan Kompleks CIQ melalui Lebuhraya Link Selatan dan Laluan Pantai Timur.

Jom lihat institusi-institusi akademik yang terdapat di Bandar Seri Alam: