PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Soalan-soalan Lazim

ISKANDAR MALAYSIA merupakan koridor pembangunan selatan baru yang telah dikenalpasti sebagai salah satu pemangkin pembangunan untuk meransang pertumbuhan ekonomi Malaysia.

ISKANDAR MALAYSIA meliputi 221, 634 hektar (2,217 km persegi) kawasan tanah dalam lingkungan bahagian paling selatan Johor.  Kawasan pembangunan merangkumi kira-kira 3 kali ganda kawasan Singapura dan 2 kali ganda kawasan Hong Kong. ISKANDAR MALAYSIA meliputi seluruh daerah Johor Bahru (termasuk pulau yang terdapat dalam daerah), Mukim Jeram Baru, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat  dan Pulau Kukup di Mukim Ayer Masin, semua kawasan dalam daerah Pontian.

IRDA merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007.

Objektif utama IRDA adalah untuk merealisasikan wawasan membangunkan ISKANDAR MALAYSIA  menjadi sebuah metropolis yang kukuh dan bertahan bertaraf antarabangsa. Oleh itu, fokus utama dan peranan IRDA adalah:

  • Mewujudkan dasar, hala tuju dan strategi yang mempunyai kesan langsung terhadap aktiviti pembangunan dalam kawasan ISKANDAR MALAYSIA
  • Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh entiti Kerajaan di Iskandar Malaysia
  • Mempromosi, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan di ISKANDAR MALAYSIA

Bertindak sebagai “pusat sehenti” untuk berurusan dengan para pelabur dan memberi tindakbalas kepada keperluan para pelabur pada masa yang tepat dan berkesan

Enam sektor berasaskan perkhidmatan telah dikenalpasti sebagai tonggak baru untuk mengukuhkan sektor ekonomi sedia ada dalam kawasan ini. Ini akan menyokong pencapaian pertumbuhan jangka panjang yang lebih besar dan kestabilan untuk ekonomi ISKANDAR MALAYSIA. Enam sektor berasaskan perkhidmatan yang disasarkan (seperti yang telah dikenalpasti dalam Rancangan Pembangunan Komprehensif) adalah seperti berikut:

  • Kreatif
  • Pendidikan
  • Perkhidmatan kewangan dan perunding
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Logistik
  • Pelancongan

Syarikat yang menjalankan aktiviti yang berkaitan dalam sektor-sektor di atas dalam nod yang diluluskan dalam kawasan ISKANDAR MALAYSIA akan layak untuk memohon untuk IDR-status.

Syarikat IDR-status merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan diluluskan oleh MOF dan bermastautin di Malaysia dimana menjalankan aktiviti yang layak dalam nod diluluskan dalam kawasan Iskandar untuk pelanggan yang terletak dalam nod diluluskan dan luar Malaysia atau untuk semua pelanggan di luar Malaysia.

Aktiviti yang layak akan berkait dengan 6 (enam) kategori sektor berasaskan perkhidmatan seperti berikut:

  • Kreatif
  • Pendidikan
  • Perkhidmatan kewangan dan perundingan
  • Perkhidmatan kesihatan
  • Logistik
  • Pelancongan

Tertakluk kepada pra-syarat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh IRDA, syarikat IDR-status akan menikmati:

  • Pengecualian daripada peraturan Jawantankuasa Pelaburan Asing (FIC)
  • Kelonggaran di bawah peraturan pentadbiran pertukaran asing adalah seperti berikut:
  • Membuat dan menerima bayaran dalam mata wang asing serta berstatus penduduk tetap;
  • Meminjam sebarang amaun dalam mata wang asing daripada ‘licensed onshore’ dan bukan penduduk tetap;
  • Melabur sebarang amaun dalam aset mata wang asing dalam pesisir dan luar pesisir; dan
  • Menyimpan perolehan eksport luar pesisir.
  • Tidak mengehadkan pengambilan pekerja berpengetahuan asing
  • Kelayakan untuk insentif cukai

Insentif cukai adalah:

  • Pengecualian daripada cukai pendapatan korporat untuk tempoh 10 tahun bagi pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dilakukan dalam nod diluluskan untuk pelanggan yang tinggal dalam nod diluluskan dan di luar Malaysia atau semuanya untuk pelanggan di luar Malaysia. Aktiviti-aktiviti tersebut mesti bermula pada atau sebelum 31 December 2015; dan
  • Pengecualian daripada pematuhan peruntukan cukai pegangan ke atas pembayaran royalti dan perkhidmatan bayaran kepada bukan penduduk tetap untuk tempoh 10 tahun dari permulaan operasi.

Ya, syarikat-syarikat berkenaan boleh membuat permohonan untuk insentif cukai yang sedia ada dimana kini boleh didapati di laman sesawang MIDA dan tertakluk kepada kriteria pra-syarat yang dipenuhi. Sila layari laman web MIDA di www. mida.gov.my untuk maklumat lanjut.

Ya, ia tidak mustahil untuk majikan mengambil pekerja asing/ekspatriat dengan cara yang mudah apabila pekerja tersebut diperlukan. Jika syarikat IDR-status, pemaju dan pengurus-pengurus pembangunan telah diluluskan, maka mereka bebas untuk mengambil pekerja berpengetahuan asing.

Ya, setiap pekerja asing yang mempunyai kelayakan pendidikan yang bekerja dengan syarikat yang diluluskan dan beroperasi di nod (Medini), adalah layak untuk membuat permohonan untuk kereta bebas cukai (import atau pembelian tempatan) untuk kegunaan peribadi masing-masing.

Selain itu, sebagai pekerja professional bukan warganegara yang bekerja dan tinggal dalam kawasan ISKANDAR MALAYSIA layak untuk memohon skim kadar cukai 15% mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Tidak, mereka tidak akan dapat menikmati sebarang keistimewaan cukai insentif/pengecualian. Individu ini tertakluk kepada undang-undang cukai pendapatan umum.

Walaupun perkara utama dalam agenda kebangsaan adalah pembangunan dan latihan tenaga kerja yang mahir dan mampu di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan mengakui bahawa dalam keadaan tertentu, kepakarandan buruh memang diperlukan. Oleh itu, seorang warga asing boleh bekerja di Malaysia bergantung kepada kriteria pra-syarat yang dipenuhi seperti kelayakan individu asing, profil majikan dan aspek sektor/industri. Tiada sekatan akan dikenakan ke atas syarikat IDR-status, pemaju atau pengurus-pengurus pembangunan yang diluluskan untuk mengambil pekerja berpengetahuan asing.

Semua warga asing yang ingin bekerja di Malaysia mestilah mendapatkan permit yang diperlukan atau pas dari Jabatan Imigresen Malaysia terdahulu. Jenis permit atau pas yang diperlukan bergantung kepada 3 (tiga) kategori keadaan warga asing itu sendiri:

  • Kakitangan ekspatriat, yang memerlukan Pas Pekerjaan;
  • Pekerja asing yang tidak mahir/ pekerja separa mahir, yang memerlukan Pas Lawatan (Kerja Sementara); dan
  • Pekerja asing mahir, yang memerlukan Pas Melawat (Profesional).

Permit atau pas yang diperlukan mestilah diperoleh dahulu sebelum individu datang ke Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperoleh di http://www.imi.gov.my.

Artis, pendakwah, pakar atau sukarelawan dibenarkan untuk bekerja dalam jangka masa pendek selepas mendapat Pas Melawat (Profesional). Kesahihan Pas Melawat (Profesional) berbeza tetapi kebiasaannya ia tidak melebihi 12 bulan. Pemohon perlu berada di luar Malaysia apabila permohonan dibuat.

Kemasukan hanya akan dibenarkan setelah mendapat kelulusan pas.

Pelawat asing yang memasuki negara ini beserta pasport dan visa yang sah boleh mendapatkan Pas Melawat (Perniagaan) dimana ia dikeluarkan hanya untuk tujuan lawatan sosial dan/atau lawatan perniagaan seperti:

  • pemilik dan wakil-wakil syarikat yang memasuki Malaysia untuk menghadiri mesyuarat atau seminar, untuk memeriksa akaun syarikat atau untuk memastikan kelancaran perjalanan aktiviti syarikat
  • pelabur atau orang perniagaan yang masuk untuk meneroka peluang-peluang perniagaan dan potensi pelaburan
  • wakil-wakil asing syarikat yang memasuki Malaysia untk memperkenalkan barangan untuk pembuatan di Malaysia, tetapi tidak melibatkan diri dalam jualan langsung atau pengedaran
  • pemilik harta memasuki Malaysia untuk berunding, menjual atau menyewakan hartanah
  • wartawan asing daripada agensi media massa yang memasuki Malaysia untuk membuat liputan acara di Malaysia
  • peserta dalam acara sukan

Pas Lawatan (Sosial) tidak boleh digunakan untuk pekerjaan.

Prosedur perjalanan dan keperluan imigresen masih tidak berubah. Walaubagaimanapun, Kerajaan Malaysia dan Singapura masih lagi dalam usaha untuk memudahkan prosedur imigresen.

ISKANDAR MALAYSIA, secara seluruhnya, bukan merupakan zon bebas cukai. Tetapi, terdapat beberapa kawasan dalam ISKANDAR MALAYSIA yang telah diberikan status zon bebas cukai.

Ya, ISKANDAR MALAYSIA terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Bagi melayakkan diri untuk IDR-status, syarikat milik rakyat Malaysia adalah tertakluk kepada kriteria yang sama seperti pihak lain.

Tidak, syarikat IDR-status tidak layak untuk mendapatkan ekuiti Bumiputra 30%.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada IRDA dengan menghantar e-mel kepada enquiries@irda.com.my.

Akta Syarikat 1965 dan semua prosedur yang relevan akan sama digunakan kepada semua syarikat yang beroperasi dalam ISKANDAR MALAYSIA. Tidak ada peraturan pemerbadanan yang khas untuk syarikat-syarikat IDR-status.

Ya, sistem pentadbiran cukai untuk semua syarikat di ISKANDAR MALAYSIA adalah sama dengan semua syarikat yang beroperasi di luar ISKANDAR MALAYSIA.

Sila hubungi:

Pejabat utama:
#G-01, Blok B,
Danga Bay, Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru, Johor
Malaysia.
T +607 233 3000
F +607 233 3001

Pejabat Satelit
Wilayah Pembanguan Iskandar
Authority (IRDA)
Aras 12-1, Meru UEM
Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur MALAYSIA
T +603 2260 6777
F +603 2260 7999