PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Perubatan

Iskandar Malaysia menawarkan kepakaran dalam bidang perubatan untuk sesiapa sahaja bermula dari pusat perubatan awam sehinggalah kepada perkhidmatan pakar swasta.

Kedudukan strategik berhampiran Singapura dan Indonesia menjadikan Iskandar Malaysia sebuah destinasi tumpuan pesakit-pesakit yang mencari perkhidmatan perubatan yang berkualiti pada kadar rendah di rantau ini.

Medical-tourism-in-IM

Kecemasan

Sekiranya berlaku kecemasan, anda boleh menghubungi bantuan ambulans di talian 999.

Secara alternatifnya, anda juga boleh terus menuju ke mana-mana jabatan kecemasan di mana-mana hospital di Iskandar Malaysia.  Daftarkan pesakit ke Unit Kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari.

Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah kecemasan boleh didapati daripada Kementerian Kesihatan .

Pakar Perubatan Swasta

Jika anda pilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan pakar-pakar dari hospital swasta, anda pasti ingin memilih institusi yang paling banyak mendapat ulasan yang positif.  Tanya keluarga dan rakan-rakan dan dapatkan nasihat daripada orang-orang yang berpengalaman menerima khidmat perubatan yang sama seperti yang anda perlukan.  Bagi memastikan keputusan anda adalah keputusan yang tepat, mintalah pandangan dan cadangan daripada orang-orang yang berkaitan.

Di hospital swasta, anda bakal dijelaskan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan beserta kos keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan.  Amat penting bagi anda untuk mengambilkira faktor kos perkhidmatan swasta berbanding bajet anda.  Sebelum menjalani perubatan, anda dinasihatkan supaya membuat lawatan ke fasiliti tersebut terlebih dahulu bagi  memastikan anda selesa berada di fasiliti itu dan selesa dengan layanan kakitangan dan berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan.

Berikut adalah antara hospital-hospital yang terdapat di Iskandar Malaysia:

Antara pembangunan projek-projek pembangunan institusi perubatan di Iskandar Malaysia termasuklah Projek Kesihatan Khazanah-Temasek dan juga Pusat Perubatan Thomson.