PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Perumahan

Sama seperti rantau-rantau yang lain, Iskandar Malaysia juga menawarkan pelbagai kategori perumahan dan hartanah.

Perumahan di Iskandar Malaysia secara umumnya berlandaskan ciri-ciri alam semulajadi kerana kami tahu bahawa setiap manusia itu dicipta untuk cintakan keindahan alam.  Kami memanfaatkan persekitaran semula jadi dengan menonjolkan cuaca tropika yang cerah dan berangin.

Di Iskandar Malaysia, anda boleh memilih sama ada hendak menyewa rumah di pinggir Bandar atau menyimpan wang untuk membeli banglo impian anda pada 5 tahun akan datang, ataupun anda sedang mencari rumah di kawasan komuniti mewah.

Rumah Iskandar Malaysia

Rumah Iskandar Malaysia (RIM) merupakan perumahan yang disewakan di Iskandar Malaysia meliputi lima blok bangunan 12-tingkat di dalam kawasan projek perumahan 1,500 unit pangsapuri 3 dan 4 bilik dibangunkan di tanah berkeluasan 60 ekar di Jalan Gelang Patah, Iskandar Puteri.  Terdapat juga unit rumah yang dilengkapi dengan ciri-ciri khas bagi orang kurang upaya seperti pintu yang yang lebar dan tandas yang luas serta tanjakan sebagai tempat berpaut.

Terletak berhampiran dengan Nusa Sentral dan Lima Kedai. Selain itu, penduduk sekitar juga bakal menikmati kemudahan seperti dewan serbaguna, tadika, surau, taman rekreasi dan lain-lain kemudahan berdekatan seperti sekolah, klinik, dan balai polis.  Pembangunan RIM menggunapakai teknologi mesra alam dan lestari seperti sistem penuaian hujan dan kuasa solar.

Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang keemasan untuk memiliki atau menyewa rumah dengan harga yang rendah di Iskandar Malaysia!

Bagi pemohon-pemohon yang berminat boleh mengunjungi Pejabat Prisma Harta Sdn Bhd yang terletak di RIM untuk mendapatkan borang permohonan.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang layak memohon RIM:

KRITERIA PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON RIM

Warganegara Malaysia

Berumur di antara 20 – 60 tahun

Ibu/Bapa tunggal

Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM8,000

Bekerja di Iskandar Malaysia (kira-kira 20km radius dari RIM)

Tidak memiliki rumah dalam lingkungan 30km radius dari RIM

Tidak menyewa perumahan awam yang lain di Johor

Muat Turun Borang Permohonan RIM

housing-page