PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Daya Tarikan Utama Di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran pendatang baru ke kawasan ini yang telah pun menjadi lokasi tarikan kepada pemastautin luar negara dan pelabur-pelabur. Inilah sebabnya mengapa pekerja kami adalah peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu apa sahaja yang termampu.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembangunan Iskandar Malaysia telah merangsang minat serta meningkatkan jumlah pengunjung ke rantau ini. Rantau ini diperkaya dengan seni lanskap yang pelbagai, ditambah pula dengan produk pelancongan utama yang ikonik, dijangkakan boleh merangsang perkembangan pembangunan ekonomi dan industri pelancongan secara menyeluruh.

Kota-Iskandar

Iskandar Malaysia dibangunkan supaya anda berasa selamat, rileks dan tanpa stres. Kawasan ini mempunyai pelbagai aktiviti fizikal dan interaktiviti sosial yang penting untuk kesihatan. Anda tidak perlu khuatir tentang cuaca kerana di Malaysia sendiri tidak mempunyai empat jenis musim. Cuaca panas dan cerah  sepanjang tahun  sangat baik untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Apa yang terbaik tentang Iskandar Malaysia adalah ia merupakan pusat bagi hiburan seisi keluarga di Malaysia! Ini bermakna, anda berpeluang menjalankan apa jua perkara yang menarik minat anda untuk berseronok tidak mengira usia . Iskandar Malaysia pasti ada kesemuanya!


TAMAN TEMA

LEGOLAND-Malaysia

Iskandar Malaysia mempunyai beberapa taman tema yang menarik dan ikonik seperti Taman Aktiviti Angry Birds, LEGOLAND Malaysia, dan Taman Tema Keluarga di Puteri Harbour. Lebih-lebih lagi, kami mempunyai Taman Aktiviti Angry Birds.


MAKANAN DAN WARISAN BUDAYA

Tourism-pdf-pg53

Selain mempunyai tarikan-tarikan, Iskandar Malaysia juga meriah dengan adanya daya penarik sedia ada termasuklah kekayaan warisan, seni dan budaya di pusat bandar Johor Bahru. Paling terkenal ialah Jejak Warisan Iskandar Puteri yang memikat deria dan memberikan pengalaman indah dari kedai-kedai kopi dan bakeri-bakeri ketuhar arang. Juadah yang wajib cuba di Iskandar Malaysia adalah keenakan hidangan Johor seperti Mee Rebus, Kacang Pol, Briyani Gam dan Laksa Johor.


PUSAT REKREASI HUTAN LIPUR

Nature--

Bagi pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi, Iskandar Malaysia juga mempunyai  tapak-tapak Ramsar yang terletak di Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami dan yang paling menarik, Tanjung Piai adalah titik lanskap pelancongan bagi Iskandar Malaysia kerana ia merupakan Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.


PULAU & PANTAI

Di Johor, terdapat banyak pulau-pulau yang cantik untuk dikunjungi, antaranya Pulau Sibu, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan banyak lagi pulau-pulau yang menarik. Iskandar Malaysia juga banyak menjalankan usaha intensif bagi memperbaiki produk pelancongan baru seperti yang telah diwujudkan di Pantai Desaru. Kami percaya usaha ini akan mendatangkan kesan limpahan aktiviti pelancongan di Iskandar Malaysia serta meningkatkan kadar ekonomi.


GOLF

Iskandar Malaysia juga merupakan tempat penggemar-penggemar sukan golf kerana terdapat banyak padang golf yang dibina dengan keluasan dan spesifikasi. Starhill Golf & Country Club merupakan satu-satunya kelab golf di Johor Bahru yang mempunyai siri permainan 36 lubang. Selain itu, Austin Heights Golf Resort juga terletak sejauh 30 minit pemanduan tidak jauh dari Singapura.


SYURGA MEMBELI-BELAH

Johor-Premium-Outlets

Bagi anda semua di luar sana yang suka berbelanja, Iskandar Malaysia adalah syurga membeli-belah anda!  Kami mempunyai pelbagai kompleks membeli-belah terbesar seperti Johor Premium Outlets, Johor Bahru City Square, Pusat Membeli-Belah KSL dan banyak lagi!

Nak bercuti? Datanglah ke Iskandar Malaysia dan nikmati percutian hebat dan menakjubkan.  SEKARANG adalah masanya untuk melawat Iskandar Malaysia.