PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
PELAN PEMBANGUNAN KAMI

Matlamat utama Iskandar Malaysia adalah untuk menjadi “Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Mampan” menjelang tahun 2025.

Iskandar Malaysia adalah sebuah rantau yang penting dari sudut ekonomi dan geografinya. Rancangan Pembangunan Komprehensif (CDP) Iskandar Malaysia memerlukan kerjasama, sokongan, penyertaan aktif, komitmen dan penglibatan yang berterusan daripada banyak agensi, pihak berkepentingan dan  dari pelbagai peringkat. Ini termasuklah pihak kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa, tempatan, agensi, komuniti perniagaan, pemimpin tempatan dan komuniti, serta pemain industri global.

Iskandar-Malaysia-Source-CDPii-2014-2025

Bagi menyediakan pelan CDP ini, kami telah berunding dengan Majlis Perancang Fizikal Negara, Jawatankuasa Perancangan Negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam Iskandar Malaysia untuk memastikan semua usul kerja yang ada di dalam CDP adalah selari dengan polisi negeri dan kebangsaan.

Kami telah menghasilkan beberapa pelan tindakan dengan garis panduan yang terperinci bagi melaksanakan CDP. Semenjak tahun 2014, sejumlah 24 pelan tindakan telah disiapkan daripada 32 jumlah pelan tindakan yang telah dirancang.  Sebahagian daripada komponen pelan tindakan ini adalah memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru seperti Masyarakat Rendah Karbon, modal insan, kawalan dan keselamatan.

Baru-baru ini, versi CDP yang telah diperbaharui telah dilancarkan, iaitu Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia II (CDPii).

Di sini, kami mengambil elemen daripada Circle of Sustainability yang mana ia merupakan sebuah ekosistem holistik dan berdaya tahan, bertunjangkan elemen teras yang mengandungi penjanaan kekayaan, perkongsian kekayaan dan keterangkuman, dan mengoptimumkan sumber dan rendah karbon  dalam kitaran yang berterusan.

PENJANAAN KEKAYAAN

Kami ingin memastikan rakyat yang  hidup di rantau yang berkembang pesat ini mendapat pendapatan yang stabil dan memuaskan. Dengan kemahiran dan kebolehan yang kami ada, kami mampu untuk menghasilkan  nilai produktiviti yang lebih besar melalui sembilan sektor yang dipromosikan.

wealth-generation_new

KETERANGKUMAN PERKONGSIAN KEKAYAAN

Iskandar Malaysia dibangunkan bertujuan mencapai kekayaan sama rata antara individu dalam hidup berkomuniti di Iskandar Malaysia. Kami menginginkan penduduk kami mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi untuk beralih daripada kemiskinan dan jurang yang lebih kecil antara individu miskin dan kaya di rantau ini. Kami mahu penduduk kami menikmati pendapatan yang lebih tinggi yang membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik dan untuk memperoleh aset-aset bagi menjana lebih kekayaan.

wealth-sharing

MENGOPTIMUMKAN SUMBER DAN RENDAH KARBON

Iskandar Malaysia meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap sumber semulajadi dan sumber buatan manusia di rantau ini. Terdapat lima perkara tumpuan yang menyediakan hala tuju ke arah mencapai pengoptimuman sumber dan karbon yang rendah – pertumbuhan serantau yang seimbang, perlindungan dan peningkatan ekologi semulajadi dan kawasan hijau, mengoptimumkan persekitaran terbina, meningkatkan perhubungan bandar dan mobiliti dan akhir sekali mengintegrasikan sumber infrastruktur.

resource

Rumusan Eksekutif berkaitan CDPii ada secara percuma untuk dimuat turun di eMall IRDA. Klik di sini.

Salinan penuh berkaitan CDPii sedia ada untuk dibeli di IRDA e-mall di sini.