PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Sektor Teras

Iskandar Malaysia merupakan antara pilihan utama bagi destinasi pelaburan yang menawarkan infrastruktur perniagaan yang lengkap bagi memastikan kesemua transaksi perniagaan berjalan dengan cepat, mudah dan lancar.

Iskandar Malaysia juga bakal menjadi sebuah rantau yang mencatatkan peningkatan pertumbuhan tertinggi, didorong oleh sektor perkhidmatan dan sokongan berterusan daripada sektor pembuatan terpilih terutamanya komponen ekonomi utama iaitu Elektrik & Elektronik (E&E), oleokimia, petrokimia, dan pemprosesan makanan.

Bagi mencapai sasaran tersebut, sembilan sektor yang dipromosikan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sektor Teras dan Sektor Baru.

 

promoted-core11

 

 

SEKTOR TERAS :

ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PETROKIMIA DAN MINYAK & GAS

MAKANAN & PEMPROSESAN AGRO

LOGISTIK

PELANCONGAN

 

SEKTOR BARU :

KEWANGAN, INSURANS, HARTANAH & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (FIREBS)

INDUSTRI KREATIF

PERUBATAN

PENDIDIKAN

Sektor Teras merangkumi sektor yang telah lama bertapak di Iskandar Malaysia.  Sektor inilah yang memacu kestabilan Iskandar Malaysia dengan rantaian mendatar dan menegak yang kukuh serta ekosistem yang lengkap dengan tambahan nilai tinggi dan sumbangan besar kepada pertumbuhan peluang pekerjaan.  Namun, ada antara sektor ini yang masih perlu diperkukuh dan dimajukan lagi.

Sektor Baru pula baru dikenal pasti berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi memandangkan hubungan sektor tersebut dalam rantaian nilai dengan beberapa industri lain.

Iskandar Malaysia akan terus berkembang pesat menjadi sebuah rantau yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.  Rantau ini dijangka berjaya mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi menjelang tahun 2025 dan Sektor Teras akan dibangunkan ke arah aktiviti bernilai lebih tinggi dan peningkatan hubungan kluster.  Sektor Baru pula memerlukan sokongan ekosistem yang lengkap bagi menyokong pertumbuhan rantau ini.

9 sektor utama adalah seperti berikut: