PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
LOGISTIK

LOGISTIK

Sektor logistik di Iskandar Malaysia mengalami peningkatan dari segi margin, pontensi dan saiz pasaran.  Komponen utama sektor ini termasuklah hubungan rel, jalan raya, pengangkutan air dan juga pengangkutan udara yang dihubungkan ke logistic hab yang lain di seluruh dunia.

Terdapat 3 pelabuhan perkapalan di rantau ini iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat bersama-sama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.  Antara tawaran menarik di pelabuhan-pelabuhan ini adalah pelabur boleh menjimatkan kos sebanyak 30% berbanding kos yang perlu ditanggung di Singapura.  Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga berpotensi sebagai lapangan terbang berkembar – melengkapi Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.