PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
PETROKIMIA DAN MINYAK & GAS

Iskandar Malaysia dijangka bakal menjadi sebuah “Destinasi Petrokimia & Oleokimia Bertaraf Dunia”.  Kehadiran sumber minyak dan gas yang besar di rantau ini telah menjadikannya hab utama dalam sektor petrokimia.

Iskandar Malaysia juga merupakan hab kepada pengeluar minyak sawit dan oleokimia terbesar seperti IOI Group, Sime Darby, dan Felda Holdings.  Terdapat pelbagai syarikat yang menghasilkan memasarkan oleokimia asas dan derivatif mengeluarkan 120 jenis produk hiliran yang kebanyakannya untuk pasaran eksport.

PEMPROSESAN MAKANAN DAN AGRO

Malaysia merupakan negara pengeksport makanan yang semakin mendapat perhatian dengan nilai eksport sebanyak USD 6 bilion ke lebih 200 negara termasuk yang terbesar antaranya adalah Singapura, Amerika Syarikat dan Indonesia. Hampir tiga perempat daripada eksport makanan ini adalah produk makanan dan minuman.

Industri agro yang turut membabitkan minyak sawit dan pengetinan nenas merancakkan lagi potensi sektor tersebut. Kedudukan Iskandar Malaysia yang terletak di kalangan negara Islam besar dunia menjadikannya pilihan strategik untuk membangunkan pasaran Halal. Wilayah ekonomi ini mengalakkan pelaburan untuk mengeluarkan lebih banyak produk Halal.