PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Keselamatan

Sistem keselamatan di Iskandar Malaysia dijamin berada di tahap yang boleh dibanggakan. Keselamatan merupakan perkara yang kami pentingkan bagi kesejahteraan penduduk dan perniagaan yang berada di dalam rantau Iskandar Malaysia.

Beberapa inisiatif telah dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Keselamatan Iskandar Malaysia bagi mempertingkat keyakinan pelabur untuk Melabur, Bekerja , Tinggal, Berlibur  di Iskandar Malaysia.

Hubungi pihak berkuasa (polis atau ambulans)

Ketika  kecemasan, sila dapatkan bantuan polis tempatan iaitu Polis Diraja Malyasia (PDRM) atau hospital dengan menghubungi talian 999 atau 112 jika membuat panggilan dari telefon bimbit.  Anda masih boleh menghubungi talian kecemasan ini walaupun tanpa baki kredit.  Operator perhubungan akan menyambungkan talian anda kepada mana-mana jabatan kecemasan yang dikehendaki dengan segera.

Anda juga boleh terus menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Johor di 07-2212 999 untuk melaporkan sebarang kes kecemasan, membuat  pertanyaan atau membri maklum balas.

PDRM dan pegawai perubatan akan meminta maklumat lanjut mengenai kecemasan yang dilaporkan daripada anda, jadi anda haruslah bersiap sedia untuk memberikan maklumat  yang tepat bagi memudahkan dan mempercepat proses bantuan dihantar kepada anda.  Pastikan anda sentiasa ingat akan  alamat kediaman dan nombor telefon anda sendiri.  Lekatkan info penting ini di peti sejuk atau di tempat  yang mudah dilihat  sekiranya anda masih lagi baru di komuniti kejiranan anda.

Hubungi bomba

Sekiranya berlaku kebakaran, anda boleh menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan di talian 994 atau 112  dari telefon bimbit.

Bencana alam

Iskandar Malaysia merupakan sebuah rantau yang bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi atau letusan gunung berapi.  Namun, kadangkala banjir akan melanda semasa tibanya musim tengkujuh  yang secara amnya berlaku pada  bulan-bulan terakhir setiap di penghujung tahun.  Sekiranya anda ingin melaporkan kejadian bencana alam, anda boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam di talian 991.