PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
PEMBANGUNAN YANG MESRA ALAM DAN MAMPAN

PEMBANGUNAN YANG MESRA ALAM DAN MAMPAN

Dari sudut daya saing pula, Iskandar Malaysia amat menekankan pembangunan lestari.  IRDA, sebuah agensi yang ditubuhkan bagi merancang, mempromosi dan melancarkan pembangunan Iskandar Malaysia telah membantu menjalankan sebuah kaji selidik bertemakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia (Low Carbon Society for Iskandar Malaysia – LCSIM) dan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kyoto, Universiti Okayama dan Institut Pengajian Alam Sekitar (NIES) Jepun.   Low Carbon Society adalah salah satu daripada projek yang paling menarik bagi IRDA.

Usaha kami ke arah merealisasikan masyarakat Iskandar Malaysia yang rendah karbon dan mampan telah mendapat perhatian pelbagai pihak.  Susulan itu, Iskandar Malaysia telah dijemput menghadiri Sidang Kemuncak Iklim PBB pada September 2014 di New York, sekaligus diiktiraf sebagai salah satu rakan kongsi kepada Global Energy Efficiency Accelerator Platform (GEEAP), iaitu sebuah program utama di bawah inisiatif Sustainable Energy for All (SE4ALL) yang diterajui oleh Setiausaha PBB dan Presiden Bank Dunia.

Development-in-Nusajaya

GEEAP merupakan sebuah program perintis untuk menggandakan peratusan kecekapan penggunaan tenaga menjelang tahun 2030.  Penglibatan Iskandar Malaysia di bawah GEEAP adalah pada peringkat silang sektor seiring dengan kota metropolis yang ternama seperti Vancouver, Paris, Copenhagen, London dan Toyama di Jepun.

Adalah wajar untuk melabur di Iskandar Malaysia berdasarkan ekonominya yang kukuh dan stabil, di samping faktor-faktor lain seperti gaji yang kompetitif, inflasi yang rendah, dan kadar pengekalan kakitangan yang tinggi dan tenaga kerja yang berkelayakan serta kecekapan bertutur menggunakan pelbagai bahasa.  Persekitaran perniagaan di Iskandar Malaysia antara paling kondusif di rantau ini yang menjadikannya pilihan utama untuk melabur, membina kerjaya, membina hidup dan berhibur.