PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
DIHUBUNGKAN DENGAN KUASA BESAR EKONOMI DUNIA

DIHUBUNGKAN DENGAN KUASA BESAR EKONOMI DUNIA

Dalam radius 8 jam penerbangan, Iskandar Malaysia dihubungkan dengan tiga ekonomi utama dunia; China, India dan Jepun, selain dari memiliki akses kepada lebih daripada tiga billion penduduk di Asia Tenggara dan beberapa buah negara di rantau Asia Pasifik.

Hubungan baik antara Iskandar Malaysia dengan negara China, India, Jepun dan Korea Selatan dapat membantu melonjakkan lagi perniagaan anda dalam sektor ekonomi utama dan baharu.

Antara sektor pelaburan yang berkaitan termasuklah sektor pembuatan berteknologi, industri kreatif, teknologi maklumat dan komunikasi, serta industri pelancongan.

Port-of-Tanjung-Pelepas-2

Kedudukannya bersebelahan dengan Singapura juga berupaya meningkatkan jalinan ekonomi terutamanya dalam industri elektrik dan elektronik, makanan dan pemprosesan agro, dan juga logistik.  Iskandar Malaysia dan Singapura saling melengkapi dari segi pilihan gaya hidup dan rekreasi yang ditawarkan.

Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura akan melalui Iskandar Puteri di Iskandar Malaysia dan juga projek laluan Rapid Transit System (RTS) dari Singapura ke Iskandar Malaysia bakal merangsang lebih banyak hubungan ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan perniagaan antara Iskandar Malaysia dan Singapura dalam masa terdekat ini.