PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
SASARAN PERTUMBUHAN

SASARAN PERTUMBUHAN

Berdasarkan Rancangan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia II (CDPii), KDNK Iskandar Malaysia dijangka meningkat daripada RM52.1 bilion pada tahun 2013 kepada RM120.4 bilion pada tahun 2025 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 7.3 peratus dalam tempoh 12 tahun.

Pertumbuhan KDNK yang disasarkan pada tahun 2025 memerlukan pelaburan yang besar.  Dijangka dalam tempoh 10 tahun (2013 – 2022), pelaburan terkumpul berjumlah RM176 bilion diperlukan bagi mencapai pertumbuhan yang telah diunjurkan bagi tempoh 12 tahun antara 2013 – 2025 bagi mencapai jumlah kumulatif RM383 bilion pada tahun 2025.

Penduduk Iskandar Malaysia pada tahun 2013 dianggarkan mencapai 1.8 juta dan dijangka bakal meningkat kepada 3.0 juta pada tahun 2025.  Pembangunan wilayah ini mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.  Jumlah penduduk yang bekerja di sini dijangka meningkat kepada seramai 1.31 juta orang.

Selain kesan peningkatan ekonomi, hasil pembangunan Iskandar Malaysia juga bakal mewujudkan kualiti hidup, kemudahan dan sistem infrastruktur dan pengangkutan yang lebih baik.

Education-pdf-pg8