PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
ASET UTAMA KAMI

ASET UTAMA KAMI

Salah satu daripada aset utama Iskandar Malaysia adalah lokasinya yang strategik di pusat Asia Tenggara dan bersebelahan dengan hab pembangunan utama serantau.  Kedudukannya yang strategik membolehkan wilayah ini untuk memanfaatkan kuasa ekonomi yang berkembang pesat di India, China dan rantau ASEAN.

Iskandar Malaysia juga terletak di sepanjang laluan perdagangan laut paling utama di dunia yang menghubungkan Timur dan Barat.  Laluan ini mengendalikan 260 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).  Dua lembangan pelabuhan utama di dunia yang terletak di laluan ini adalah Delta Sungai Mutiara (Hong Kong-Shenzen-Guangzhou) dan di Selat Melaka (Singapura-Tanjung Pelepas-Pelabuhan Klang).

IM-in-relation-to-the-East-West-Trade-Route-Source-CDPii-2014-2025

Selat Melaka merupakan lembangan kedua terbesar di dunia.  Oleh itu, Iskandar Malaysia sentiasa bersedia untuk menjadi salah satu daripada hab logistik terpenting di Asia Pasifik.