PELABURAN

Mula & Kembangkan Perniagaan Anda

PEKERJAAN

Peluang Pekerjaan & Perniagaan

KEHIDUPAN

Keperluan Hidup yang Seimbang

PERMAINAN

Keseronokan Tanpa Batasan Untuk Semua

.
Peluang Pekerjaan

Iskandar Malaysia dijangka boleh menarik bakat tenaga kerja bertaraf dunia bagi mengembangkan kerjaya di rantau ini.  Terdapat pelbagai peluang pekerjaan di bawah pelbagai industri utama di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia memerlukan tenaga kerja yang berkebolehan dan berpengalaman yang mampu menyokong membangunkan ekonomi beru di rantau ini. Ilmu dan kemahiran anda diperlukan bagi membantu membangunkan sebuah kota metropolis yang berkembang pesat di Asia.

Pelaburan di Iskandar Malaysia diterajui oleh pelaburan dalam sembilan sektor utamanya. Kami mengalu-alukan semua bentuk pelaburan tetapi memberi penekanan kepada pelaburan yang berpotensi untuk memangkin pembangunan kawasan-kawasan di sekitarnya.  Projek pembangunan seperti inilah yang meningkatkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru di Iskandar Malaysia.

Antara projek berimpak tinggi sebegini termasuklah LEGOLAND Malaysia, Johor Premium Outlets, Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Puteri Harbour Theme Park, Program Transformasi JB dan EduCity.

Semakin banyak lagi peluang pekerjaan akan diwujudkan semakin Iskandar Malaysia membangun. Jumlah mereka yang berkerja di Iskandar Malaysia dijangka mencecah 1.31 juta.  Jadi, lebih banyak peluang yang menanti anda di Iskandar Malaysia!

KENAPA BEKERJA DI ISKANDAR MALAYSIA

  • Menawarkan pelbagai komponen gaya hidup berkualiti tinggi termasuklah kemudahan pendidikan dan perubatan, serta percutian dan rekreasi
  • Kerjaya berpendapatan tinggi dalam suasana hidup mampu milik
  • Perkhidmatan telekomunikasi berteknologi terkini dan institusi awam yang telus dan cekap
  • Destinasi terbaik untuk pelancongan, pilihan kemudahan sukan, rekreasi dan beli-belah
  • Pelbagai pilihan perumahan untuk memenuhi semua tahap pendapatan, keperluan dan citarasa
  • Rekaan pembangunan yang teliti dan mengambil kira keperluan anda sekeluarga

Pembangunan Iskandar Malaysia menyaksikan peningkatan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektornya.  Kami menawarkan anda peluang unik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan khas yang bakal merealisasikan visi metropolis Asia yang baru.

Lawati Expatriate Support Service

Lawati Perkhidmatan Sokongan Ekspatriat