ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2020 LIBATKAN 55,000 PELAJAR DALAM NEGERI JOHOR UNTUK JIMATKAN AIR, ELEKTRIK DAN AMALKAN KITAR SEMULA

Iskandar Malaysia, 17 Disember 2020 – Bermula dengan hanya 23 sekolah pada tahun 2013, program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) pada tahun kelapan pelaksanaannya kali ini telah melibatkan 546 sekolah dengan 55,000 pelajar dari seluruh negeri Johor.

Sejumlah RM19,172.05 bil elektrik dan RM29,192.39 bil air berjaya dijimatkan sepanjang bulan Oktober dan November 2020, manakala  RM52,930.61 (204,828.5 kg) telah dikumpulkan bermula awal Januari sehingga November 2020 – sepanjang  pertandingan ini dijalankan. Oleh itu, secara keseluruhannya sebanyak RM101,291.05 telah dapat dijimatkan dan dijana oleh pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam IMELC 2020. 

YBhg. Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Eksekutif, IRDA, berkata “IMELC adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia (LCSBPIM 2025). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran gaya hidup masyarakat rendah karbon di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa yang mana seterusnya akan memberi impak positif kepada perubahan iklim yang berlaku. Ini membolehkan Iskandar Malaysia mengimbangi pembangunan ekonomi yang pesat dengan pembangunan sosial dan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk cara hidup yang lebih seimbang kepada Rakyat di wilayah ini.”

Menurut Datuk Ismail lagi, bagi menyesuaikan program ini dengan keadaan norma baharu akibat pandemik COVID-19, IMELC 2020 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian (online) melalui pembangunan modul oleh pakar penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia menerusi platform Google Classroom

Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTM berkata, program pendidikan dan kesedaran masyarakat rendah karbon secara digital ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Melalui modul IMELC di platform Google Classroom, pelajar berupaya melakukan simulasi dan melihat sendiri anggaran pembebasan karbon bagi setiap aktiviti yang dijalankan di rumah, seterusnya menyedarkan seisi rumah akan keperluan mereka membudayakan gaya hidup rendah karbon. Melalui penglibatan proaktif guru dan pelajar dalam IMELC tahun 2020 ini, pastinya membawa guru dan pelajar selangkah lebih dekat kepada merealisasikan Pendidikan Abad ke-21 dan Revolusi Perindustrian ke-4 seiring dengan usaha merealisasikan Matlamat ke 13 -Tindakan Iklim bagi Matlamat Pembangunan Mampan 2030.  

IMELC 2020 dalam norma baru ini juga direka khas dengan format secara atas talian kepada pihak sekolah melalui taklimat di saluran media sosial Facebook Live @ RCE Iskandar yang telah mencapai tontonan lebih 4000 orang. Selain misi merealisasikan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Negeri Johor, hadiah wang tunai terkumpul RM 23,000 merupakan antara motivasi bagi sekolah-sekolah dalam menjayakan IMELC tahun ini.  Beberapa sesi help-desk bersama guru dijalankan menerusi Google Meet bagi memastikan perlaksanaan IMELC dijalankan secara berkesan. Platform Telegram dan FB Messenger juga dioptimumkan sepanjang perlaksanaan IMELC. Finalis IMELC juga berjaya mempersembahkan usaha bersepadu seluruh warga sekolah yang komited dalam cabaran masyarakat rendah karbon dalam sesi penjurian dan temubual yang dijadualkan bersama pemegang taruh menerusi platform Google Meet

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment), Dr. Uzir Abdul Malik berkata, “sebanyak 232 tan barangan kitar semula telah dikumpulkan oleh murid-murid dan guru-guru serta para ibu bapa sempena program IMELC 2020 melalui ‘Kategori Khas Usaha Bersepadu Kitar Semula (3R)’ yang merangkumi pendidikan kesedaran dan pengumpulan barangan kitar semula yang dikelolakan oleh SWM Environment. Malah, IMELC 2020 juga mencatatkan peningkatan kutipan barangan kitar semula berbanding tahun lalu meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19.”

SWM Environment selaku rakan strategik dan penaja program IMELC 2020 juga menyifatkan program berkenaan sebagai platform terbaik bagi membudayakan amalan kitar semula sekali gus meningkatkan kadar peratusan kitar semula kebangsaan sehingga 40% menjelang tahun 2025. Malah, SWM Environment juga berhasrat untuk mengembangkan pelaksanaan aktiviti kitar semula secara dalam talian dan nirtunai (tanpa tunai), KITARecycle melalui IMELC selari dengan pembudayaan norma baharu wabak COVID-19.

Kelangsungan dan kejayaan pelaksanaan program IMELC 2020 merupakan hasil kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan SWM Environment Sdn Bhd. Pada tahun ini, program IMELC juga disokong oleh Green Technology Applications for Low Carbon Cities (GTALCC) yang merupakan projek kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) dan SEDA Malaysia. Program pada tahun ini disokong oleh Regional Centre of Expertise (RCE) on Education and Sustainable Development, United Nation University. 

Berdasarkan konsep digital yang digunakan telah digunakan tahun ini, IMELC 2021 akan dilaksanakan melalui aplikasi web dan aplikasi mobil dengan penambahan elemen gamifikasi yang lebih menarik dan mesra pengguna. Ini membolehkan IMELC 2021 dikembangkan kepada lebih banyak sekolah. Projek pendigitalan IMELC 2021 menerima sokongan dan tajaan tambahan oleh UNDP Malaysia menerusi Accelerator Lab manakala projek pendigitalan ini akan dilaksanakan oleh MagicX Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 18 =