Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia

'Khidmat Mesra, Komuniti Selesa'

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia adalah sebuah usahasama di antara Kerajaan Negeri Johor, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) dan syarikatsyarikat bas di Iskandar Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, 34 buah bas telah disediakan bagi operasi di 17 laluan sosial sejak 19 Disember yang lalu – sekaligus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan-kawasan
membangun di Iskandar Malaysia serta mewujudkan capaian kepada faedah-faedah sosial dan ekonomi bagi masyarakat sekeliling.

Dilengkapi dengan GPS dan CCTV serta dikendalikan oleh operator yang terpilih dan pemandu yang terlatih, Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini dijangka memberi perkhidmatan mudah capai yang efisien, selesa dan selamat ke laluan-laluan sosial. Tumpuan diberikan ke atas kecemerlangan operator-operator bas yang akan dipantau secara berterusan bergariskan KPI yang telah
disediakan.

Inisiatif Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini adalah sebahagian daripada Projek Penstrukturan Semula Industri Bas di Iskandar Malaysia. Ia juga adalah inisiatif jangka pendek yang berimpak tinggi.

Dengan adanya perkhidmatan bas ini, masyarakat dapat mancapai faedah-faedah sosial dan ekonomi di dalam Iskandar Malaysia.

Kaedah perkhidmatan baru juga diperkenalkan, dimana syarikat-syarikat bas akan diberi KPI dan dipantau secara berterusan. Bas-bas yang disediakan akan dilengkapi dengan GPS dan CCTV, dan dikendalikan oleh pemandu yang terlatih dan bersopan.

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia ini bakal memberi perkhidmatan yang efisien, selesa, selamat, dan mudahcapai.


Keselesaan pelanggan dan kebersihan bas adalah keutamaan kami.

 

Faedah/Hasil

Faedah dan hasil daripada Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia:

  1. Perkhidamatan bas akan dibuka semula di sebilangan laluan-laluan yang terbengkalai (laluan sosial) di dalam Iskandar Malaysia
  2. Perkhidmatan bas ke Kota Iskandar dan Nusajaya telah disediakan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam.
  3. Struktur servis baru telah digunakan pada keseluruhan projek ini, di mana prestasi syarikat-syarikat perkhidmatan bas dipantau dan diukur melalui KPI, seterusnya menghasilkan perkhidmatan bas yang meyakinkan, efisyen, selesa dan selamat di ke semua laluan sosial.
  4. Persepsi masyarakat kepada kelebihan IM akan meningkat dengan peningkatan kesedaran dan pandangan kerajaan dalam usaha meningkatkan sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

Acara & Aktiviti

Successful launch of Bus Iskandar Malaysia
01 February 2010
  Road Safety Campaign with Bus Iskandar Malaysia
18 August 2010 - 24 September 2010
 

17 LALUAN SOSIAL DI ISKANDAR MALAYSIA