Program Publisiti & Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kulai 2025 (Penggantian)

Tujuan Kajian

Daerah Johor Bahru dan Daerah Kulai menggunapakai laporan Rancangan Tempatan (RT) Daerah Johor Bahru 2020 sebagai panduan utama untuk merancang dan mengawal pembangunan setempat. Pada ketika ini, tren dan intensiti pembangunan yang semakin pesat di Daerah Johor Bahru dan Daerah Kulai menyebabkan keperluan untuk semakan semula dibuat ke atas laporan tersebut berdasarkan jusrifikasi berikut;

1. Persempadanan semula PBT

2. Penyelarasan dengan dasar, rancangan dan pelan strategik pembangunan

3. Tekanan pembangunan yang mempengaruhi perubahan gunatanah

4. Penyelarasan dengan pelan pembangunan yang memberi impak terhadap gunatanah

Kandungan Laporan

Laporan ini menerangkan cadangan-cadangan pembangunan di dalam Daerah Johor Bahru dan Daerah Kulai sehingga tahun 2025 dalam bentuk pernyataan bertulis, pelan, gambarajah dan ilustrasi. Perincian mengenai rancangan ini hendaklah merujuk kepada Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai 2025 (Penggantian). Ia melibatkan empat kawasan pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada;

1. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)

3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)

4. Majlis Perbandaran Kulai (MKPu)

Peranan Anda

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan maklumbalas, anda dialu-alukan untuk mengisi borang maklumbalas secara online atau membuat semakan di tempat yang dinyatakan di bawah sebelum atau pada 8 Disember 2016.

1. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) www.mbjb.gov.my

2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) www.mpjbt.gov.my

3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) www.mppg.gov.my

4. Majlis Perbandaran Kulai (MKPu) www.mpkulai.gov.my

5. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Johor (PLANMalaysia@Johor) http://jpbd.gov.my

6. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar http://irda.com.my

Share this post