SKIM INSENTIF PEMAJU DI MEDINI, ISKANDAR MALAYSIA, DI KAJI SEMULA

ISKANDAR MALAYSIA, Khamis, 1 Nov 2018 – Selaras dengan Iskandar Malaysia Low Carbon Society Blueprint dan penyertaan dalam Conference of Parties,  Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), IRDA telah memperkenalkan satu skim insentif pada Oktober 2013 bagi menggalakkan syarikat-syarikat pemaju yang diluluskan di Medini untuk memperolehi pensijilan bangunan “hijau” daripada Green Building Index atau GreenRE.

Skim insentif ini membenarkan syarikat-syarikat pemaju yang diluluskan memohon untuk lanjutan tempoh pelepasan cukai pendapatan syarikat, dimana tempoh tamat pada Tahun Taksiran 2020 dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2025. Pada masa yang sama juga, pengecualian daripada pematuhan kepada cukai pegangan berkaitan nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan, faedah atau royalti juga boleh dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, dari tarikh luput asal 31 Disember 2015.

9 daripada 40 syarikat pemaju yang diluluskan di Medini telah melanggan skim insentif ini dan mendapat manfaat daripada pelanjutan insentif cukai.
Kini, skim insentif ini sedang dikaji semula oleh pihak berkuasa yang bekenaan dan tiada permohonan baru akan dilayan berkuatkuasa 1 November 2018. IRDA akan memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan mengenai usaha mengkaji semula skim insentif ini dari semasa ke semasa.

Share this post