ISKANDAR MALAYSIA YOUTH HUB (HAB) TAWAR GERAN, ELAUN SERTA LATIHAN KEMAHIRAN BERNILAI RM1,000,000 KHUSUS UNTUK USAHAWAN BELIA

Iskandar Malaysia, 27 September – Kombinasi geran, elaun serta latihan kemahiran bernilai RM1,000,000 yang ditawarkan kepada usahawan belia oleh Iskandar Malaysia Youth Hub (HAB) dilihat bakal membantu golongan ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim, “Program ‘Iskandar Malaysia Youth Entrepreneur Scheme’ (IMYES) diperkenalkan sejajar dengan agenda kemakmuran ekonomi dan inklusif wilayah ini dan bersempena ‘Kempen Peringatan 15 tahun Iskandar Malaysia (IM15CC).”

“Kami yakin bahawa program yang berbentuk bantuan menyeluruh ini akan dapat mengalakkan semangat keusahawanan dan mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia. Ini merupakan salah satu komponen penting dalam menangani kesan pandemik COVID-19.”

Program ‘IMYES’ ini dilaksanakan oleh Iskandar Youth Hub Sdn Bhd melalui dana yang diberikan oleh PENJANA.

Dengan peruntukan sebanyak RM1,000,000 ini, usahawan belia samada individu atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), akan mendapatkan geran sebanyak RM5,000, elaun dan latihan kemahiran dalam 8 modul termasuk keusahawanan, kewangan, penjualan dan pemasaran, dan tren terkini dalam digitalisasi.

Geran yang dipohon mestilah untuk kegunaan membeli mesin dan peralatan, barang-barang mentah, pembelian kredit, dan untuk tujuan promosi dan pemasaran.

Belia yang berminat mestilah warganegara Malaysia, berumur diantara 18 dan 35 tahun dan menetap di Johor.

Belia yang berminat juga dimestikan untuk menghadiri sesi penerangan sebelum membuat permohonan supaya mendapat penjelasan yang lebih mendalam.

Hanya mereka yang berjaya dalam permohonan mereka akan diberi makluman dan perlu pula menghadiri 8 modul latihan sebelum menerima geran.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftarkan minat, sila lawat www.iskandarmalaysia.com.my/hab/imyes.

Program IMYES ini merupakan salah satu daripada program di bawah inisiatif SECURE@IskandarMalaysia yang turut menawarkan pelbagai bantuan daripada segi kewangan dan latihan.

Ini termasuk bantuan kewangan berkaitan perniagaan untuk kumpulan B40 dan kumpulan rentan, bantuan kewangan dan latihan untuk pertanian bandar, geran untuk perniagaan berdasarkan trak dan perkongsian fasiliti, dan pelbagai lagi.

Share:

Add comment: