Sistem BRT model di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU: Sistem transit bas deras (BRT) akan dilaksanakan sebagai model pengangkutan awam untuk Iskandar Malaysia bagi menyokong penyusunan semula industri bas kawasan berkenaan.

Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat pihak berkuasa anggota (MOA) Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), kelapan Jumaat lalu, yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi bersama IRDA serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

“Anggota juga meluluskan penubuhan Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) sebagai Jentera Tujuan Khas (SPV) negeri bagi memacu inisiatif penambahbaikan pengangkutan awam dan pembangunan masa depan,” demikian menurut Irda dalam satu kenyataan semalam.

 Menanda aras berbanding negara membangun yang lain, sistem bas BRT dengan laluan khas dan dijangka dengan kaedah yang kos efektif menyediakan transit berprestasi tinggi dan berkualiti tinggi.

Sistem berkenaan yang memerlukan kos pembangunan yang rendah dengan pelaksanaan lebih luas berbanding dengan transit rel, disasarkan untuk meningkatkan kaedah pengangkutan awam waktu puncak kepada 25 peratus menjelang 2012 dan 50 peratus menjelang 2030.

Model yang dicadangkan itu akan termasuk pembangunan infrastruktur dan menyokong kemudahan pengangkutan awam seperti lalauan bas, terminal pengangkutan bersepadu, stesen dan pertukaran, sistem transaksi tanpa tunal dan tiket bersepadu, serta sistem maklumat penumpang.

Laluan BRT sepangjang 320 kilometer akan diwujudkan untuk meliputi kawasan lima zon utama Iskandar Malaysia, dengan projek perintis meliputi kawasan laluan utama iaitu Johor Bahru ke Skudai (21.05 kilometer), Johor Bahru ke Pandan (9.57 kilometer) ke Johor Bahru ke Nusajaya (13.93 kilometer).

Sebanyak RM469.5 juta dianggarkan untuk infrastruktur BRT yang meliputi laluan bas, terminal, stesen hentian, kemudahan pakir dan tumpang serta pusat mobility, dan disasarkan untuk siap menjelang 2012.